Friday 24 June 2011

muhasabah diri

mendengar nasyid sambil muhasabah :)

manusia sering persoal,
"kenapa lah aku yang diuji dengan musibah-musibah macam ni?"
"kenapa lah orang lain tu,hidup senang je,walhal,tah lah baik mana pun"

cuba fikir sejenak,
apa yang dah kita lakukan untuk Allah sehingga kita persoal semula kehendakNya,
seolah-olah seperti kitalah manusia yang paling layak untuk menikmati nikmatNya sedangkan apa je yang kita dah lakukan sampai kita rasa kita layak untuk dapat pulangan yang besar.

untuk dialog yang kedua tu,takkan la kita nak terus ikut tindakan yang tidak baik,mungkin itu istidraj!na'uzubillah,,ingat!istidraj adalah nikmat untuk menyesatkan lagi manusia sehingga dia lupa bahawa nikmat itu dari Allah.

kalau hendak dihitung dosa-dosa yang dilakukan,
kita ni macam tak layak nak minta apa-apa,TAPI,pada siapa lagi harus kita minta?


hanya engkau tuhan yang kami sembah dan kepada engkau sahaja kami minta pertolongan.
surah Al-Fatihah:ayat 5

sedarkah bahawa ujian/musibah itu juga sati nikmat bagi orang-orang yang beriman,
andai kita bersabar,insyaAllah,nikmat selepas musibah itu pasti akan tiba :)


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

seseorang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh Allah s.w.t., sehingga terbukti samada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman.

bak kata pepatah melayu:
bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

saya tambah:
bersusah-susah di dunia,bersenang-senang di akhirat. ;p

kalau ikutkan malas kat dunia ni,macam-macam malas nak buat,kadang-kadang 
rasa malas nak beribadah pun pernah menjenguk hati&fikiran(na'zubillah)
namun,setakat mana mahu berehat didunia andai letih dengan azab Allah di akhirat.
fikir-fikir kan~

dalam hadis rasulullah :

"Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"

rasulullah yang merupakan insan yang paling dikasihiNya pun turut ditimpa ujian.

rahsia di sebalik musibah:-sumber,bahan bacaan di web-
diringkaskan,

andai ujian itu ditimpakan kepada golongan musuh Allah,itu merupakan azab buat mereka di dunia lagi.

andai musibah itu dikurnikan buat orang mu'min yang kurang beradab terhadap Allah,ikut merupakan peringatan pada mereka agar kembali beradab dan ia merupakan nikmat dalam kesulitan.

andai musibah itu dikurniakan pada orang-orang soleh,maka itu merupakan wahana untuk meningkatkan darjat di sisi Allah dan menguji sejauh mana kesabaran.

tanpa kita sedari,musibah ni bukan sahaja datang bentuk kesusahan,kesenangan juga merupakan satu ujian.
nikmat kekayaan,kecantikan akan bertukar menjadi ujian andai kita tidak pandai menggunakan nikmat tersebut ke jalan Allah.kadang-kadang,kita rasa kita tidak riak,tapi sebenarnya,tanpa disedari perasaan itu memang ada,tapi kita cuba menidakkan.
lekaslah beristighfar :)


renung-renungkan :)
maaf andai pengisian kurang baik~


senyumlah di kala air mata ingin menitis,
bersabarlah tatkala ujian melanda :)
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUKMU ♥

HIKMAH disebalik ujian Allah

assalamualaikum ..dh lama rasanya tidak menulis blog...password terlupa dan sbgainya..Alhamdulilah dgn izin Allah dapat ana kongsikan satu perkara.kepada semua sahabat...semoga post ini dapat manfaatnya insyaallah..mulanya .. Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang dit
etapkan untuk kita itulah yang terbaik!